fb fb fb fb fb

Sumbangan mesin pencetak diharap bantu pelajar SJKC Khay Beng - PABPs

KUALA PERLIS, 6 Oktober- Persatuan Amal Bakti Perlis (PABPs) menerusi Persatuan ibu bapa dan guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khay Beng memberikan sumbangan mesin pencetak kepada SJKC Khay Beng bagi melengkapkan kemudahan sekolah.

Menurut Pengerusi PABPs, Areff Affandy Ariffin, ia diharap dapat melancarkan lagi sesi pengajaran dan pembelajaran di SJKC Khay Beng berkenaan.

"Ini kerana bidang pendidikan bukan sahaja terletak di bahu Jabatan Pendidikan Negeri dan sekolah semata-mata, sebaliknya tanggungjawab bersama di mana penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) mampu memberi nilai tambah kepada pendidikan itu sendiri.

"Ia berupaya meningkatkan prestasi pelajar ke arah lebih baik," katanya pada Majlis Penyerahan Mesin Pencetak kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khay Beng di sini.

Tambahnya, PABPs turut menyerahkan pelbagai bantuan lain kepada komuniti memerlukan di seluruh Perlis termasuk ketika bencana.


(Tambahnya, PABPs turut menyerahkan pelbagai bantuan lain kepada
komuniti memerlukan di seluruh Perlis termasuk ketika bencana.)

Media Baharu