fb fb fb fb fb

Sultan Terengganu berkenan berangkat ke majlis Forum Perdana

(Foto Kerajaan Negeri Terengganu)

HULU TERENGGANU, 23 Jun- Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan ke Majlis Forum Perdana Kuala Berang 2023 di Kuala Berang di sini malam tadi. 

Forum Perdana bertemakan "Islam Dimartabat Rakyat Muafakat" dihadiri sebahagian besar warga komuniti bandar Kuala Berang.

Inti pati forum selama satu jam itu antara lain memfokuskan kehebatan pendidikan serta masyarakat yang bersatu padu, selain membentuk serta melahirkan generasi yang berbudi pekerti.

Ia dihoskan moderator Ustaz Mohd Hariri Mohamad Daud.

Manakala tiga ahli panelnya terdiri daripada Profesor Madya Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail, Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), diikuti panel kedua Penceramah Bebas, Datuk Zahazan Mohamed serta Pensyarah Kanan Pusat Kajian Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohd izhar Arif Mohd Kashim.

Majlis itu turut disiarkan secara langsung di radio Terengganu FM bermula pada pukul 9.00 malam tadi.


(Foto Kerajaan Negeri Terengganu)

Media Baharu