fb fb fb fb fb

Sultan Selangor meriahkan majlis Makan Malam Alumni UPM

SERDANG, 2 Oktober - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam Sirih Pulang ke Gagang @ Homecoming kali ke-11 anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini malam tadi.

Majlis merupakan acara kemuncak yang diadakan sempena Sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun UPM bagi memperkasakan jalinan hubungan antara alumni dan universiti.

Bertemakan Seluhur Budi Sekalung Kasih, program dwitahunan anjuran Pusat Perhubungan Alumni UPM itu disertai lebih 800 alumni UPM dari seluruh negara.

Majlis itu merupakan acara tradisi yang diraikan setiap dua tahun oleh universiti UPM mulai 2001.

Pada majlis berkenaan, Sultan Sharafudin yang juga Canselor UPM berkenan untuk menyampaikan anugerah alumni kepada alumni yang banyak berjasa dan menyumbang kepada UPM, masyarakat dan negara.

Baginda juga berkenan untuk melancarkan Buku Coffee Table bertajuk The Three Founding Faculties “Spurring
The Glories of UPM"
sebelum melawat reruai pameran.

Penganjuran program tersebut turut bermatlamat untuk meningkatkan dana Tabung Sumbangan Alumni bagi kebajikan pelajar UPM melalui pemberian biasiswa, dermasiswa dan bantuan kewangan pelajar.

Media Baharu