fb fb fb fb fb

Konsert Penang Exchange mendapat sambutan baik

GEORGE TOWN, 1 Oktober- Konsert Penang Exchange terima sambutan baik menerusi P.Ramlee Theatrical Concert yang dianjurkan sempena Festival Seni Kraf, Penang Exchange 2022.

Program yang berlangsung di Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia (USM) itu merupakan usaha memartabatkan industri kraf dalam negara.

Ia juga bertujuan memulih dan menyemarakkan semula industri pelancongan dan kebudayaan Malaysia.

Program anjuran Pertubuhan Kraf Malaysia (MCC) itu mendapat kerjasama British Council, Japan Foundation dan Kedutaan Amerika Syarikat.

Konsert Penang Exchange

Sebelum ini, dua program yang sama telah berjaya dijalankan di Kelantan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Program yang dianjurkan selama tiga hari itu turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai.

Media Baharu