fb fb fb fb fb

Sultan Selangor berkenan rasmi Masjid Ar-Rahmah

(Sultan Sharafuddin Idris Shah merasmikan Masjid Ar-Rahmah )

KUALA LANGAT, 4 April- Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama rakyat Kuala Langat di Masjid Ar-Rahmah, Kuala Langat, semalam.

Keberangkatan Sultan Sharafuddin diiringi Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Baginda turut berkenan merasmikan Masjid Ar-Rahmah yang mula beroperasi pada 5 Disember 2020 dengan kapasiti 3,000 jemaah pada satu-satu masa.

Baginda berdua juga berkenan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat tarawih bersama asnaf dan rakyat Kuala Langat di masjid berkenaan.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dan Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

 (Keberangkatan tiba Sultan Sharafuddin Idris Shah turut disambut
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah)

Media Baharu