(Siaran media Bomba Kuala Lumpur)
KUALA LUMPUR, 4 April- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima laporan berlaku gegaran di Flat Pudu Impian 1 di ibu kota, susulan kesan dari gempa bumi yang berlaku di utara Sumatera, Indonesia pada pukul 9.59 malam waktu tempatan.
"Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGOKL) menerima panggilan kecemasan daripada MERS 999 pada pukul 11.13 malam.
"Seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu bersama sebuah jentera FRT dan sebuah jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian," menurut kenyataan.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohd Zaini Mohd Omar berkata, setibanya pasukan bomba di lokasi, pemantauan dibuat di sekitar bangunan dan didapati tiada berlaku sebarang rekahan pada bangunan.
"Bangunan berada dalam keadaan selamat. Tiada kecederaan dilaporkan," katanya
(Foto Bomba Kuala Lumpur)
Artikel berkaitan:
Gempa bumi 6.1 magnitud gegar utara Sumatera