TANJONG MALIM, 3 Oktober - Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Kompleks Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) dan Balai Cerap Tan Sri Harussani di sini.
Majlis tersebut diadakan sempena Sambutan Jubli Perak, ulangtahun ke-25 penubuhan INSTUN.
Turut hadir pada majlis tersebut Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Datuk Sri Huang Tiong Sii; Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Balai Cerap Tan Sri Harussani siap dibina pada Julai tahun ini dinamakan sempena Mufti Perak kelapan sebagai mengenang dan menghargai sumbangan Allahyarham dari tahun 1985 hingga 2021.
Sejak penubuhannya pada 1 Mei 1998, INSTUN telah berkembang sebagai sebuah Institut Latihan Awam (ILA) yang disegani di Malaysia khususnya dalam bidang pentadbiran tanah, ukur dan pemetaan.
Beliau merupakan tokon agamawan yang disegani serta sentiasa menjadi rujukan dalam bidang pentadbiran agama Islam, pengurusan fatwa dan falak syarie.
Sejak penubuhannya pada 1 Mei 1998, INSTUN telah berkembang sebagai sebuah Institut Latihan Awam (ILA) yang disegani di Malaysia khususnya dalam bidang pentadbiran tanah, ukur dan pemetaan.
(FOTO FB adzrizal.adnan)