fb fb fb fb fb

Raja Permaisuri Agong berangkat ke ceramah agama sempena sambutan Maulidur Rasul

(Sebahagian kontinjen perarakan terdiri daripada kakitangan Istana Negara menyertai
perarakan 
sempena sambutan Maulidur Rasul/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 3 Oktober- Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke ceramah agama sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat Istana Negara hari ini.

Ceramah bertajuk 'Sunnah Nabi SAW di Akhir Zaman; Cabarannya?' dengan pengisian ceramah berkisar mengenai sunnah, akhlak dan sirah Rasulullah SAW itu disampaikan Timbalan Mufti Pahang Datuk Badli Shah Alauddin.


(Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke ceramah agama sempena
Sambutan Maulidur Rasul peringkat Istana Negara/BERNAMA

Selain fadilat amalan istighfar dan selawat, antara pengisian ceramah adalah sifat zuhud Nabi Muhammad SAW yang mengamalkan kehidupan bersederhana yang harus dijadikan panduan dan ikutan umat Islam.

Terdahulu, kira-kira 350 kakitangan Istana Negara menyertai perarakan dan berselawat sempena sambutan Maulidur Rasul.

Perarakan sejauh kira-kira 1.5 kilometer bermula dari tapak parkir awam di perkarangan Istana Negara hingga ke Dewan Mulia diketuai Datuk Pengelola Bijaya Diraja Mejar Jeneral Datuk Zahari Mohd Ariffin bermula 9.30 pagi sehingga 10.00 pagi.

Media Baharu