fb fb fb fb fb

Empat sekeluarga dari Johor bercuti ke Besut gagal dihubungi sejak Sabtu

(Keratan tiket keluar dari pulau)

BESUT, 3 Oktober- Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Besut mengesahkan telah menerima laporan polis berhubung kes empat sekeluarga dilaporkan hilang di Pulau Perhentian Besut. 

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Abdul Rozak Muhammad menerusi satu kenyataan berkata pengadu membuat laporan mengatakan ibu, adik lelaki dan dua anaknya, tidak dapat dihubungi sejak pagi 30 September lalu sehingga ke hari ini.

Beliau berkata, siasatan telah dijalankan dan mendapati ke semua mangsa telah pergi ke pulau peranginan itu pada 29 September dan telah menginap di Senja Bay Resort serta telah mendaftar keluar pada Ahad, 1 Oktober, kira-kira pukul 8.00 pagi.

"Siasatan awal mendapati ke semua mangsa ada mengikuti aktiviti snorkeling pada 29 dan 30 September 2023 dan pengendali bot memaklumkan telefon ibu dan adik pengadu telah terkena air dan tidak dapat dihidupkan.

"Mangsa juga mengatakan akan ke Batu Buruk, Kuala Terengganu setelah keluar dari pulau itu,"katanya.

Ke semua mangsa menggunakan kenderaan jenis Proton Saga BLM berwarna biru muda dengan nombor pendaftaran JRW6380.

Supt. Abdul Rozak memaklumkan, tiga hari lalu kira-kira pukul 8.00 pagi, empat sekeluarga itu telah menaiki bot dan sampai ke jeti di Kuala Besut lebih kurang pukul 9.00 pagi.

"Pun begitu, sehingga kini keberadaan kesemua mangsa masih gagal di kesan dan dihubungi serta siasatan masih diteruskan untuk mengesan kesemua mangsa.

"Semakan kamera litar tertutup  CCTV mendapati kenderaan yang digunakan mangsa dikesan telah bergerak keluar dari Pekan Kuala Besut menuju ke arah Jambatan Seberang Kastam pada 10.06 pagi pada 1 Oktober.

"Pihak polis menyeru kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan keberadaan mangsa-mangsa untuk menyalurkan maklumat terus kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Izzati Arina di talian 017- 3792157 atau boleh menghubungi IPD Besut ditalian 09-6956222 atau mana-mana balai polis yang berdekatan, katanya dalam kenyataan tersebut.

Polis turut memberi amaran agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita tidak benar yang akan mengganggu siasatan pihak polis.

Empat sekeluarga itu dilaporkan berasal dari Kluang, Johor ke Besut untuk bercuti.


(Tangkap layar rakaman CCTV menunjukkan kenderaan dinaiki mangsa dikesan
telah bergerak keluar dari 
Pekan Kuala Besut menuju ke arah
Jambatan Seberang Kastam pada 10.06 pagi pada 1 Oktober)

Media Baharu