fb fb fb fb fb

Sultan Perak berkenan rasmi 'UM Immersive 120', simbol kecemerlangan Universiti Malaya

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah (tiga, kanan) berkenan merasmikan ”UM Immersive 120" di Universiti Malaya / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 20 Disember –Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berkenan melancarkan 'UM Immersive 120', ruang interaktif berteknologi tinggi yang diwujudkan bersempena dengan 120 tahun kecemerlangan akademik Universiti Malaya (UM).

Pelancaran inisiatif immersive menampilkan perjalanan Universiti Malaya daripada institusi pendidikan awal hingga muncul sebagai universiti penyelidikan bertaraf global, sekali gus mengetengahkan pencapaian, sumbangan negara dan alumni terbilang.

Sultan Nazrin yang juga Canselor UM turut berkenan melawat Galeri Seni Universiti Malaya (UMAG) bagi menyaksikan pameran Legacy in Canvas: A Tribute to His Royal Highness Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.

Pameran itu menampilkan koleksi potret kurasi yang merakam perjalanan Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang bermula sebagai pelajar jurusan undang-undang kepada majistret, ketua hakim negara dan canselor, sekali gus menzahirkan dedikasi Almarhum terhadap kecemerlangan akademik serta kedaulatan undang-undang.

Keberangkatan tiba baginda di Censelori UM disambut oleh Naib Canselor UM, Prof Datuk Seri Dr Noor Azuan Abu Osman.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD