fb fb fb fb fb

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani

(Sultan Perak Sultan Nazrin Shah beramah mesra dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim
ketika baginda berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI/BERNAMA)

TAMBUN, 18 Mei- Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani Negeri Perak di Sunway Lost World Of Tambun, Ipoh, malam tadi.

Keberangkatan tiba Baginda pada jam 8.23 malam diiringi Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, jemaah menteri dan barisan kepimpinan negeri.

Dalam majlis itu, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara berkenan beramah mesra bersama 50,000 tetamu yang hadir.

Pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan artis tempatan termasuk Datuk Jamal Abdillah, Sufiah Suhaimi, Syamel dan Erni Zakri.

Pelbagai juadah istimewa Hari Raya disajikan kepada tetamu seperti lemang, ketupat, rendang dan sate serta makanan tradisi negeri Perak.

(FOTO BERNAMA)

Media Baharu