KUALA LUMPUR, 18 Mei- Bekalan gula di negara ini dijamin mencukupi, menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Beliau menasihati rakyat agar tidak membuat pembelian panik dan mempercayai khabar angin kononnya bekalan keperluan harian itu tidak mencukupi.
"Saya harap rakyat jangan percaya tentang berita yang tidak disahkan oleh KPDN.
"Semalam KPDN mengadakan libat urus dengan dua syarikat pengeluar gula yang terbesar iaitu MSM dan CSR.
"Menerusi sesi libat urus itu kita dimaklumkan bahawa bekalan mencukupi," kata Salahuddin selepas Majlis Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia 2023 (FIM2023) di sini.
(Datuk Seri Salahuddin menafikan khabar angin bekalan gula tidak cukup tidak benar)