KUANTAN, 20 Mac- Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan bercemar duli berbuka puasa bersama rakyat di Sungai Lembing, Kuantan, pada Rabu.
Baginda berdua yang turut diiringi Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berangkat tiba pada 6.50 petang ke Masjid Jamek Kampung Melayu, Sungai Lembing.
Dalam majlis itu, baginda berkenan mengurniakan sumbangan kepada 100 asnaf serta beramah mesra bersama rakyat yang hadir.
Usai berbuka puasa, baginda bersama orang ramai kemudian menunaikan solat Maghrib berjemaah di masjid berkenaan sebelum berangkat pulang pada 8.30 malam.
Sultan Pahang berbuka puasa bersama rakyat di Sungai Lembing
