Sultan Nazrin berkenan terima zakat perniagaan RM18.76 juta

Foto FB Zakat Perak Al Ridzuan

IPOH, 16 Jun – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM18.76 juta daripada enam syarikat korporat kepada Zakat Perak Al-Ridzuan (ZAPAR).

RINGKASAN BERITA AI
  • Majlis penyerahan zakat di Istana Kinta, baginda berkenan menyerahkannya kepada Yang Dipertua MAIPk.
  • Penyumbang termasuk Tenaga Nasional, Maybank, Lembaga Tabung Haji, Public Islamic Bank dan syarikat korporat lain.
  • ZAPAR mengagihkan lebih RM63.144 juta kepada golongan asnaf di seluruh Perak antara Januari hingga Mac.

Majlis penyerahan zakat tersebut berlangsung di Istana Kinta, di sini, sebelum baginda berkenan menyerahkannya kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Penyerahan zakat dimulakan oleh Empayar Indera Sdn. Bhd. berjumlah RM200,000, diikuti Kumpulan Kewangan Islam Maybank sebanyak RM4.087 juta.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) merupakan penyumbang terbesar dengan bayaran zakat berjumlah RM7.285 juta, diikuti Lembaga Tabung Haji sebanyak hampir RM6.497 juta.

Turut menyerahkan zakat perniagaan ialah Public Islamic Bank Berhad sebanyak RM300,000 dan YP Nominees Holdings Sdn. Bhd. berjumlah lebih RM385,000.

Sementara itu, sepanjang tempoh Januari hingga Mac tahun ini, ZAPAR telah mengagihkan lebih RM63.144 juta kepada golongan asnaf di seluruh Perak menerusi pelbagai skim bantuan yang disediakan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.