fb fb fb fb fb

Sultan Mizan berkenan terima sumbangan RM80.7 juta untuk rakyat Terengganu

Foto

PUTRAJAYA, 25 Ogos - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menerima persembahan sumbangan berjumlah RM80.7 juta di Istana Syarqiyyah untuk manfaat rakyat Terengganu.

Sumbangan berkenaan dipersembahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, sebagai komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan kepada Terengganu.

"Daripada jumlah itu, RM72.7 juta diperuntukkan kepada para imam, bilal, guru KAFA dan guru takmir. Turut disalurkan, RM250,000 bagi membantu mangsa banjir melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

"Manakala RM7.8 juta diagihkan sebagai zakat Tabung Haji untuk MAIDAM, bagi disampaikan kepada asnaf yang layak," katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Sumbangan itu diharapkan dapat memperkukuh kebajikan rakyat serta membawa kebaikan kepada umat dan negara, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM