fb fb fb fb fb

Sultan Mizan berkenan berangkat ke Majlis Santapan Teh Dua Dekad YDSM

Foto RTM

KUALA TERENGGANU, 21 Jun- Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke Majlis Santapan Teh Dua Dekad Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) di Kuala Terengganu.

Ia juga bersempena sambutan Ulang Tahun ke-63 Hari Keputeraan Baginda.

Turut berangkat Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, dan Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail serta anakanda-anakanda Baginda.

Sultan Mizan berkesempatan mencemar duli ke pameran dan jualan produk usahawan di bawah YDSM.

Antaranya produk Melon Manis Terengganu, ketam kulit lembut, madu kelulut, dan pelbagai jenis makanan dan minuman serta produk kraf.

Karnival Sambutan Dua Dekad YDSM yang berlangsung selama tiga hari berakhir hari ini.

YDSM merupakan sebuah yayasan amal yang dilancarkan sejak Julai 2005 dan sepanjang tempoh itu, pelbagai program kemasyarakatan dilaksanakan; membantu memperkasakan taraf sosioekonomi serta kesejahteraan hidup rakyat.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM