fb fb fb fb fb

Sultan Kedah berangkat ke Majlis Santapan Malam Majlis Jaksa Pendamai

(FOTO KEDAH ROYAL FAMILY)

ALOR SETAR, 12 Oktober- Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah perkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam Majlis Jaksa Pendamai Sempena Sambutan Jubli Emas bertempat di Elissa Garden, Titi Gajah.

Keberangkatan tiba Tuanku Sultan Kedah disambut oleh Presiden Majlis Jaksa Pendamai Negeri Kedah, Datuk Seraja Wangsa Datuk Wira Syed Azizan Syed Mohamad Al-Idrus serta dif-dif kehormat yang lain.

Sebelum santapan malam bermula, baginda perkenan untuk menyempurnakan acara memotong kek ulang tahun.

Baginda Tuanku turut mencemar duli merakamkan potret kenangan bersama Ahli Jawatankuasa Eksekutif Majlis Jaksa Pendamai Negeri Kedah sesi 2022/2024 sebelum berangkat pulang.


(FOTO KEDAH ROYAL FAMILY)


(FOTO KEDAH ROYAL FAMILY)

Media Baharu