fb fb fb fb fb

Sultan Johor terima laporan pasukan khas kes Batu Puteh

JOHOR BAHRU, 16 Mei- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima laporan Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan Kerajaan Persekutuan bagi menyemak isu-isu dan tindakan perundangan berhubung kes Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Laporan dipersembahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bersama Pengerusi Pasukan Petugas Khas, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Pada 29 Oktober lalu, kabinet bersetuju membentuk Pasukan Petugas Khas susulan keputusan Kerajaan Persekutuan semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2018, yang tidak meneruskan permohonan semakan semula terhadap kes Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

(Laporan Pasukan Petugas Khas berhubung kes Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan / Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar)

Baginda bertitah, keputusan itu seolah-olah mengaku kalah sebelum masuk gelanggang di mahkamah berkenaan, walaupun ada bukti baharu yang memihak kepada Malaysia.

Sultan Ibrahim menegaskan, sebab-sebab keputusan Tun Dr Mahathir berbuat demikian perlu diketahui umum, kerana ia melibatkan kedaulatan negeri Johor.

Media Baharu