fb fb fb fb fb

Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti KKM meningkat 38 peratus.

PUTRAJAYA, 16 Mei- Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak 38 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan itu telah dijangka susulan sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

"Bagi pesakit kategori 1 dan 2, meningkat sebanyak 100 peratus iaitu daripada 1 per 100,000 penduduk kepada 2 per 100,000 penduduk," katanya menerusi kenyataan.

(Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan)

Tambah beliau, pesakit kategori 3, 4, dan 5 juga turut mencatatkan peningkatan sebanyak 100 peratus.

Media Baharu