fb fb fb fb fb

Sultan Johor berkenan rasmikan Menara Hasil Kluang

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KLUANG, 14 Disember- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan merasmikan Menara Hasil Kluang, pagi tadi.

Keberangkatan baginda disambut Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri, Datuk Sri Dr Mohd Nizom Sairi.

Hadir sama, Yang Dipertua Jumaah Majlis DiRaja Johor, Datuk Dr Abdul Rahim Ramli dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani.

Menara Hasil Kluang merupakan bangunan setinggi lapan tingkat dan terletak di Jalan Batu Pahat, Kluang.

Ia mula dibina pada 2016 dan siap sepenuhnya, 2019.

Menara hasil itu menjadi bangunan pertama di daerah itu mendapat pensijilan Indeks Bangunan Hijau (GBI), iaitu sebuah pengiktirafan berdasarkan konsep kelestarian serta penggunaan sumber yang cekap.

LHDN Cawangan Kluang mula beroperasi pada 1 Januari 1972 dan merupakan pejabat Jabatan Hasil Dalam Negeri yang kedua di negeri Johor.

1412 SULTAN JOHOR LHDN 2Menara Hasil Kluang / FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE