fb fb fb fb fb

Sultan Ibrahim tiba di ibu negara untuk lafaz sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-17

Sultan Ibrahim di Istana Negara bagi Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Yang di Pertuan Agong ke 17 pada pukul 10.39 pagi

KUALA LUMPUR, 31 Januari- Sultan Ibrahim selamat tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, dekat sini kira-kira 9.40 pagi bagi menghadiri Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara.

Ketibaan baginda menaiki pesawat peribadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS)disambut Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah Sultan Salahuddin di Pangkalan Udara TUDM Subang.

Hadir sama Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin selaku menteri pengiring.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Mejar Jeneral Datuk Indera Indera Zahari Mohd Ariffin; Ketua Pegawai Istiadat Kerajaan Datuk Rozainor Ramli serta Komander Pangkalan Udara TUDM Subang Kolonel Yusri Jamari turut menyambut keberangkatan Sultan Ibrahim.

Sultan Ibrahim kemudian melalui Kawalan Kehormatan Setempat terdiri daripada dua pegawai dan 26 anggota lain-lain pangkat dari Batalion Pertama Regimen Renjer Diraja Istiadat yang memberi Hormat Diraja.

Kira-kira 1,200 rakyat berkumpul di luar Pangkalan TUDM sejak pukul 7.00 pagi untuk menyambut keberangkatan tiba dan memberikan lambaian kasih kepada Sultan Ibrahim tatkala kenderaan konvoi Diraja bergerak menuju ke Istana Negara.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI