fb fb fb fb fb

Hari terbuka medium erat silaturahim antara guru, ibu bapa dan murid

Foto RTM

MATA AYER, 31 Januari- Lebih 500 pengunjung hadir memeriahkan Hari Terbuka Sekolah Kebangsaan Dato Kayaman yang berlangsung di perkarangan sekolah berkenaan.

Pelbagai aktiviti berlangsung termasuklah Pertandingan e-Sukan, sepakan penalti, pameran agensi kerajaan dari PDRM, AADK dan PPANPs serta jualan pelbagai produk, senamrobik, pertandingan memanah dan pelbagai aktiviti sampingan lain.

Menurut Yang Dipertua PIBG SK Dato Kayaman, Siti Berenee Yahaya, kerjasama dan penglibatan antara guru dan ibu bapa bersama pelajar amat penting dalam memastikan kecemerlangan serta fokus pelajar berada tepat pada landasannya.

Justeru, hari terbuka yang diadakan saban tahun merupakan peluang terbesar untuk mengeratkan kesepakatan dan hubungan silaturahim para guru dan ibu bapa serta pelajar SK Dato Kayaman.

"Hari terbuka juga boleh memperkenalkan sekolah kepada orang ramai selain membolehkan masyarakat dan ibu bapa melihat sendiri pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak mereka di sekolah.

“Sesungguhnya program sebegini seharusnya diteruskan dan dipelbagaikan supaya kita dapat mengeratkan lagi hubungan antara sekolah dan masyarakat." jelas Siti Berenee pada Hari Terbuka Sekolah Kebangsaan Dato Kayaman

Selain hari terbuka sekolah, pelbagai program dilaksanakan pihak sekolah terutamanya ketika sambutan Ramadan, Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, program sukan dan lain-lain.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD