fb fb fb fb fb

Sultan Ibrahim berkenan ke Majlis Rumah Terbuka Madani Aidilfitri JPM

Foto FB Sultan Ibrahim

PUTRAJAYA, 8 Mei- Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Madani Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pada pukul 12.47 tengah hari itu disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Sultan Ibrahim kemudian berkenan meluangkan masa hampir satu jam pada majlis tersebut.

Lebih 5,000 tetamu hadir termasuk warga JPM dan agensi di bawahnya dengan lebih 30 jenis juadah disediakan.

Turut hadir, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM