fb fb fb fb fb

Suhaimi Sulaiman Ketua Pengarah RTM

KUALA LUMPUR, 19 Januari- Personaliti penyiaran Suhaimi Sulaiman dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia yang baharu.

Suhaimi, 61, merupakan pemegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari City University, Bellevue, Washington, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Portland State University, Portland, Oregon, Amerika Syarikat.

Beliau pernah menyandang beberapa jawatan penting dalam bidang penyiaran dan kewartawanan termasuk sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengarang Astro Awani pada 2017 dan Pengerusi Bernama pada 2020 selain pernah bertugas di Kumpulan Media Sarawak dan Media Prima.

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil mengucapkan tahniah atas pelantikan itu menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Fahmi yakin, kepakaran Suhaimi akan terus memacu kecemerlangan dan memberi suntikan baharu buat Jabatan Penyiaran Malaysia.

(Fahmi Fadzil (kiri) dan Suhaimi Sulaiman/FB Menteri KKD)

Media Baharu