fb fb fb fb fb

Subsidi tarif elektrik berjumlah RM6.51 bilion

KUALA LUMPUR, 11 Ogos- Kerajaan menampung subsidi tarif elektrik berjumlah RM6.51 bilion pada tahun ini, menurut Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju.

Ini bagi memastikan tiada kenaikan tarif elektrik untuk membantu rakyat menghadapi tekanan inflasi.

Perkara itu susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 24 Jun lalu, yang mengekalkan rebat dua sen kilowatt per jam kepada semua pengguna domestik dan surcaj sebanyak RM3.70 kilowatt per jam kepada semua pengguna bukan domestik di Semenanjung bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember 2022.

Inisiatif itu seterusnya membolehkan pengguna di Semenanjung membayar elektrik pada kadar sama sejak Januari 2022.

"Dalam hal ini semua pengguna Semenanjung bayar bil eletrik pada kadar sama seperti dibayar sejak Januari 2022 berdasarkan penggunaan elektrik masing-masing. Oleh demikian kerajaan tampung subsidi elektrik berjumlah RM6.51 bilion pada tahun 2022 bagi memastikan tiada kenaikan tarif elektrik untuk bantu rakyat berhadapan tekanan inflasi," katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Negara.

Persoalan mengenainya dibangkitkan Senator Khairil Nizam Khirudin. 

(Datuk Ali memaklumkan Kerajaan tampung subsidi tarif elektrik berjumlah RM6.51 bilion
pada tahun ini)

Media Baharu