fb fb fb fb fb

Dua kawasan di Sarawak catat bacaan IPU lebih 70

KUALA LUMPUR, 11 Ogos- Sebahagian besar kawasan di Sarawak mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sederhana, setakat tengah hari tadi.

Kemas kini bacaan IPU di laman sesawang Jabatan Alam Sekitar menunjukkan, terdapat dua lokasi merekodkan bacaan melebihi 70.

"Lokasi terlibat iaitu Stesen Bergerak MCAQM di Ibu Pejabat Polis Daerah Serian dengan bacaan 78 dan Samarahan (73).

"Manakala, tujuh lokasi lain mencatat bacaan antara 53 hingga 69.," menurut laman sesawang tersebut.

(Foto fail)

 

Media Baharu