fb fb fb fb fb

Persatuan Hotel-hotel Malaysia terbuka terima OKU bekerja

PORT DICKSON, 11 Ogos- Persatuan Hotel-hotel Malaysia Negeri Sembilan (MAH-NS) terbuka untuk menerima golongan ibu tunggal dan Orang Kurang Upaya (OKU) untuk bekerja dalam sektor perhotelan.

Pengerusi MAH-NS, Haziz Hassan berkata, seramai 34 ahli persatuan bersedia menjalin kerjasama dengan mana-mana badan atau agensi untuk membina platform bagi golongan berkenaan mendapatkan pekerjaan.

Sehingga kini, kerjasama telah pun diadakan dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan bagi tujuan itu dan menyasarkan untuk mengadakan kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dengan pengkhususan kepada sektor Pendidikan Khas.

"Kita buka peluang kalau ada OKU selalu kita bg OKU ni kerja yang tidak merbahaya seperti di kedai dobi, lipat baju pun ada kita akan ajar mereka kemas bilik bukan tiada di Negeri Sembilan tapi boleh diuar-uarkan dan kita amat alu-alukan," katanya.


(Pengerusi MAH-NS, Haziz Hassan)

Mana-mana individu, badan atau agensi yang berminat untuk menjalin kerjasama untuk mendapatkan pekerjaan bagi golongan ibu tunggal dan OKU boleh berhubung terus dengan MAH-NS.

Media Baharu