fb fb fb fb fb

DBKL kenal pasti 23 kawasan projek infrastruktur pejalan kaki untuk dinaik taraf

KUALA LUMPUR, 11 Ogos- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengenal pasti 23 kawasan projek infrastruktur pejalan kaki untuk dinaik taraf.

Daripada jumlah itu lapan projek telah siap, tujuh dalam pembinaan dan lapan projek lagi dalam perancangan untuk dilaksanakan.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, projek naik taraf itu turut melibatkan pendekatan 'meningkatkan kesediaan berjalan kaki' dalam kalangan penduduk bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Objektifnya ialah memastikan elemen keselamatan dan keselesaan pengguna ditingkatkan.

"Untuk makluman projek-projek ini dirancang supaya ia mempunyai satu jaringan yang lengkap dan apabila siap kelak dapat memberi imej baharu ataupun penjenamaan semula kepada kawasan yang terlibat dan secara tidak langsung dapat menjadi salah satu produk pelancongan bagi kota Kuala Lumpur." kata Jalaluddin dalam sesi soal jawab sidang Dewan Negara.

(Datuk Seri Jalaluddin menyatakan DBKL kenal pasti 23 kawasan projek infrastruktur pejalan
kaki untuk dinaik taraf)

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai.

Menurutnya antara yang dirancang ialah menaik taraf laluan pejalan kaki berbumbung, projek pemuliharaan imej reka bentuk bandar, projek naik taraf lorong-lorong belakang dan projek 'pocket park'.

Media Baharu