fb fb fb fb fb

SAFE CENTRO: Perkenal simulasi berdepan risiko keselamatan, kesihatan

ISKANDAR PUTERI, 11 Ogos- Educity Iskandar Malaysia, bersama DOE Training and Consultancy, menubuhkan Pusat Pendidikan Keselamatan Interaktif `SAFE CENTRO‘ di Iskandar Puteri, Johor.

Fokus untuk mendidik golongan muda, khasnya pelajar, mengenai kepentingan keselamatan dan kesihatan di sekolah.

Pusat berkenaan dijangka beroperasi tahun depan, memperkenalkan pelajar kepada risiko dihadapi setiap hari, melalui demonstrasi persekitaran selamat.

Pengerusi Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Datuk Awang Hashim berkata inisiatif ini bagi mendidik orang ramai, mengenai kaedah menangani sebarang risiko, menerusi pembelajaran simulasi.

"Pendekatan konsep 'role and play', pembelajaran interaktif melalui pengalaman akan memberikan murid, dan pelajar sekolah, memahami akan kepentingan keselamatan dan kesihatan di mana – mana, sahaja bermula dari rumah, sehingga ke peringkat sekolah," katanya selepas melancarkan Pusat Pendidikan Keselamatan Interaktif `SAFE CENTRO‘ di Iskandar Puteri, Johor.


(Pengerusi Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Datuk Awang Hashim)

Safe Centro juga menggunakan pemahaman faktor risiko, bagi membolehkan pelajar menggunakan kemahiran dipelajari untuk menangani risiko tersebut.

Insiatif tersebut dapat dijadikan platform rujukan maklumat, mengenai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan sekolah, serta amalan budaya kerja sihat dalam kalangan pelajar.

Media Baharu