fb fb fb fb fb

1,022 kes gangguan seksual dikendali KPWKM pada 2021

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 11 Ogos- Sebanyak 1,022 kes berkaitan gangguan seksual telah dikendalikan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sepanjang tahun lalu.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata daripada jumlah itu, 476 kes melibatkan Seksyen 354 Kanun Keseksaan, 80 kes dibawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan dan 66 kes berkaitan Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

"Laporan yang kita ambil melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung lebih daripada 70 kes.. begitu juga melalui Jabatan Perkhidmatan Awam. Jadi insya-Allah setiap aduan yang dikemukakan kita akan mengambil tindakan melalui saluran undang-undang sedia ada," katanya.

Tambahnya, penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Gangguan Seksual yang berjaya diluluskan di Dewan Rakyat tempoh hari juga akan membantu dan memudahkan usaha kerajaan menyelesaikan aduan gangguan seksual yang dilaporkan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Lim Hui Ying.


(Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff)

 

Media Baharu