PUTRAJAYA, 7 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan rasa syukur kerana kadar tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat ke atas eksport Malaysia dapat dikurangkan kepada 19 peratus, walaupun beberapa syarat perjanjian tidak boleh diubah.
Beliau menyatakannya dalam ucapan penutup Majlis Libat Urus Belanjawan 2026 di sini, hari ini.
"Soal tarif, sekali lagi syukur kerana sekurang-kurangnya dapat mencatat kira-kira 19%, walaupun dalam perjanjian dan syarat-syarat itu kita lebih lumayan berketimbang beberapa negara lain.
"Ada beberapa hal yang tak boleh kita anjak tetapi dipersetujui oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Mungkin sebab kejayaan kita membantu menyelesaikan masalah Kemboja-Thailand ini, membantu melunakkan sikap mereka terhadap perkara ini," kata Perdana Menteri.
Berhubung kebimbangan mengenai tarif ke atas semikonduktor yang dikenakan terhadap beberapa syarikat, beliau berkata majoriti peneraju utama industri itu di Malaysia telah mempunyai komitmen pelaburan dan operasi di AS.