fb fb fb fb fb

Program Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia 2022 tiba di Terengganu

KUALA TERENGGANU, 11 Ogos- Program Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia 2022 berpotensi menjadi alat perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini.

Konvoi berkenaan yang singgah di setiap daerah di negeri yang dilalui menyemarakkan semangat cintakan negara bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan kali ini.

Edisi Terengganu menyaksikan penyerahan baton di daerah Besut dan akan berakhir di daerah Kemaman.

Menurut Penolong Pengarah Cawangan Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat (PKPM), Saharuddin Mohamed, pihaknya menjanjikan pelbagai elemen menarik untuk komuniti di Terengganu terutama memartabatkan warisan tradisi rakyat di samping semangat cintakan negara.

(Saharuddin di temu bual selepas program Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia 2022
peringat Daerah Kuala Terengganu)

 "Kita cuba untuk tingkatkan lagi perasaan semarak kecintaan dan menggelorakan Jalur Gemilang kita ini kepada setiap ahli masyarakat yang berada di sekitar atau sepanjang jalan di negeri Terengganu," kata beliau.

"Kita tak ada cara lain selain daripada kita kembalikan semula kepada asas bagaimana kita menuntut kemerdekaan bagaimana kita mencapai kemerdekaan iaitu dr segi aspek perpaduan," kata ADUN Seberang Takir, Datuk Seri Dr Ahmad Razif Abdul Rahman.

(Datuk Seri Dr Ahmad Razif Abdul Rahman)

Program Konvoi Kembara Keluarga Malaysia 2022 seterusnya akan bergerak menuju daerah Maran di Pahang.

Media Baharu