fb fb fb fb fb

Premis sewaan kerajaan kepada peniaga kecil, penjaja diarah turun kadar sewa

SERDANG, 11 Ogos- Agensi kerajaan yang mempunyai premis sewaan kepada peniaga kecil dan penjaja diarah menurunkan kadar sewaan 10 hingga 20 peratus mulai bulan hadapan.

Ia dibuat sebagai dorongan agar operator yang menjual makanan dan minuman F&B serta perniagaan lain akan menurunkan harga jualan sejajar kos sewa yang diturunkan.

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan itu juga hasil penelitian menerusi tindakan diambil kementerian lain dalam menangani isu kos sara hidup ketika ini.

Ia ternyata berkesan dan membawa kepada penurunan harga barangan.


(FOTO FAIL)

"Kita ingin meningkatkan, melanjutkan dan memperluaskan dasar kecaknaan kepada rakyat dan peniaga kecil, di mana premis termasuk di bawah DBKL, MARA dan agensi kerajaan dan di bawah kementerian hendaklah menurunkan sewa pada kadar 10 ke 20 peratus.

"Bagi yang turunkan lebih daripada itu adalah digalakkan. sebagai contoh, Kementerian Wilayah telah memaklumkan kepada kita di mana mereka menawarkan 50 peratus kadar potongan sewaan yang melibatkan RM400 sehingga RM1600 sebulan di premis DBKL. Tindakan sama sebagai contoh dilakukan Perbadanan Putrajaya, juga melaksanakan potongan di semua medan selera, kiosk," katanya.

Annuar berkata demikian pada sidang media di Serdang, Selangor.


(Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa)

Media Baharu