fb fb fb fb fb

Subsidi bersasar: Kaedah dibincang, mungkin guna kad pengenalan atau cc kenderaan - Ahmad Maslan

(Ahmad Maslan)

KUALA LUMPUR, 24 Mei- Kerangka pelaksanaan pemberian subsidi bersasar kini hampir dimuktamadkan dengan perbincangan mengenainya sudah 75% selesai.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, hasil perbincangan mengenai kerangka itu yang membabitkan pelbagai jawatankuasa akan dibentang di kabinet sebelum sebarang keputusan lanjut dimuktamadkan.

Beliau turut tidak menolak kemungkinan perincian mengenai kerangka itu akan dimaklumkan pada sesi pembentangan Belanjawan 2024.

"Keputusan itu secara prinsip sudah ada, tetapi belum ada kaedahnya, sama ada menggunakan kad pengenalan, kad khas, sentimeter padu (cc) kenderaan atau data pengenalan senarai T20, M40 dan B40," katanya kepada media pada majlis menandatangani Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (PPPDK) antara Malaysia dan Maldives di
Bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Mengulas sama ada mekanisme subsidi bersasar itu akan diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2024, beliau berkata ia berkemungkinan akan diumumkan kerana ia melibatkan pelaksanaan dasar baharu.

Beliau turut memaklumkan penarikan subsidi terhadap T20 juga akan diteliti semula dengan mengambil kira jumlah tanggungan keluarga.


(Ahmad Maslan)

Media Baharu