KUALA LUMPURM 24 Mei - Kerajaan komited dalam memastikan bantuan subsidi bahan api nelayan benar-benar digunakan untuk aktiviti penangkapan ikan.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan meletakkan syarat nelayan perlu mengisytihar hasil pendapatan sebelum membuat pembelian diesel bersubsidi.
Menurut Timbalan Menteri, Chan Foong Hin, penguatkuasaan dan pemantauan dijalankan berterusan agar tidak berlaku ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan dalam Ops Tiris.
Ops Tiris dilancarkan selama enam bulan bermula 1 Mac sehingga 31 Ogos depan bagi memastikan pelaksanaan subsidi diesel tidak mengalami ketirisan dan sampai ke pihak yang layak menerimanya.
"Tindakan penguatkuasaan ini melibatkan jabatan kerajaan dan agensi penguatkuasaan antaranya Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kastam, Imigresen, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bagi memantapkan lagi tadbir urus korporat dan tatakelola berkaitan pengurusan penyaluran minyak bersubsidi di peringkat LKIM dan persatuan nelayan," katanya menjawab pertanyaan wakil Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.
Tambahnya kecekapan kaedah agihan, jualan di jeti atau pusat jualan juga dipertingkat selain memerlukan sokongan padu komuniti nelayan untuk melaporkan sebarang aktiviti penyelewengan kepada pihak berkuasa.
(Timbalan Menteri, Chan Foong Hin)