fb fb fb fb fb

MARDI jumpa spesies periuk kera baharu

(Spesis periuk kera baharu, Napenthes Rafflesiana daripada varieti 'zabawiana')

SERDANG, 24 Mei- Satu spesis periuk kera baharu, Napenthes Rafflesiana daripada varieti 'zabawiana' ditemui Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) disahkan sebagai varieti pertama di dunia.

Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani berkata spesies tersebut ditemui kumpulan penyelidik MARDI Mac lalu di Taman Negara Rompin, Pahang.

"Keunikannya, di tepi periuk tu ada dua telinga, itu yang menyebabkannya sangat unik dan kita mengekelaskannya sebagai spesies baharu,"katanya.

Jelasnya, varieti tersebut berpotensi untuk dijadikan tanaman hiasan atau landskap yang menarik.

Pihak MARDI juga akan menjalankan kajian awal pada spesies periuk kera yang mungkin mempunyai fungsi pertanian atau perubatan pada masa akan datang.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Perasmian Sambutan Hari Biodiversiti Peringkat MARDI.


(Datuk Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani melihat periuk kera spesis baharu selepas
sidang media Majlis Perasmian Sambutan Hari Biodiversiti Peringkat MARDI)

Media Baharu