fb fb fb fb fb

Subsidi bersasar disambut baik, namun wajar diperhalus

KUALA LUMPUR, 28 November- Orang ramai menyambut baik cadangan kerajaan melaksanakan subsidi bersasar bagi menangani kos sara hidup.

Usaha itu dilihat tepat pada masanya tetapi perlu diperhalus bagi memastikan manfaat setara dinikmati rakyat.

"Ia soal yang lebih besarlah. Macam mana kita nak agih atau kita mengagihkan kekayaan negara kepada golongan bersasar yang memerlukan. Bagi saya, saya tak bersetuju dengan 'satu kaedah untuk semua'. Ia bukan satu polisi yang baik. Jadi kita biasa akan tengok pada lokaliti, tengok pada tempat. Macam di bandar. gaji RM5,000 pun miskin bandar sebenarnya," kata Hilal Azman.

"Sebelum ini semua akan dapat, jadi bila kerajaan dah ubah benda tu kan pergi kepada yang betul-betul memerlukan, jadi betul-betul sangat digalakkan," ujar Albert Savary.

"Saya bersetuju nak bagi kepada orang miskin sahaja tapi kena fikir juga orang kaya. Dia gaji tinggi tapi tinggal di bandar dan kos pun tinggi juga, " kata Show Bee Wen.

"Satu usaha yang baik tapi bergantung, sebab kadang-kadang dalam seluruh rumah itu mungkin ada ramai orang. Walau gaji tinggi tapi ramai orang di rumah..enam..tujuh orang. Jadi mereka juga termasuk dalam kategori yang memerlukan bantuan itu," kata Komalah Velayutham.

Kena perhalus lah..kalau di bandar mungkin lain keupayaannya. Kalau di kampung mungkin lain kena lihat berdasarkan lokalitilah," menurut Hafiz Hassim.

"Agak kurang setuju sebab untuk golongan B40 kita faham ia perlukan bantuan tu tapi untuk golongan yang ke atas ni macam M40 dorang pun perlu bantuan jugaklah," luah Zainab Idris.


Baru-baru ini perdana menteri memaklumkan golongan kaya dan penggiat industri seharusnya memahami pemberian subsidi adalah untuk meringankan beban rakyat miskin dan golongan berpendapatan tinggi tidak wajar mendpat manfaat yang sama.

(Orang ramai menyambut baik cadangan kerajaan untuk melaksanakan subsidi bersasar
bagi menangani kos sara hidup)

Media Baharu