fb fb fb fb fb

Belanjawan 2023: Terengganu umum bonus penjawat awam RM900

KUALA TERENGGANU, 28 November- Kerajaan Terengganu mengumumkan pemberian bonus RM900 kepada kira-kira 14,000 penjawat awam di negeri itu.
 
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika membentangkan Bajet 2023 Terengganu memaklumkan, pemberian tersebut sebagai menghargai jasa penjawat awam yang telah menggerakkan pentadbiran kerajaan negeri.

Bonus tersebut diharap dapat memberi suntikan semangat untuk mereka bekerja lebih gigih pada masa hadapan.

"Bajet 2023 Terengganu merangkumi RM1.991 bilion untuk perbelanjaan mengurus, RM500 juta perbelanjaan pembangunan dan RM30 juta perbelanjaan bekalan air.

"Belanjawan yang bertemakan 'Memacu Terengganu Berdaya Tahan’ ini menggariskan tigas teras utama iaitu Menyantuni Rakyat, Memacu Ekonomi dan Melestarikan Pembangunan," kata Ahmad Samsuri kepada media di sini.


(Foto hiasan)

Media Baharu