fb fb fb fb fb

Suami isteri maut kemalangan

KAMPAR, 1 September - Sepasang suami isteri maut selepas kenderaan yang mereka naiki terbabit kemalangan di kilometer 292.4 Lebuhraya Utara Selatan arah utara malam tadi.

Hooi Lam Kwean, 51 tahun maut ditempat kejadian manakala suaminya yang juga pemandu kenderaan tersebut meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohd Nazri Daud berkata, kedua-dua mangsa beralamat di Puncak Tambun Indah, Ipoh.

Jelasnya, pemandu kenderaan meninggal dunia pada pukul 5.40 pagi ketika menerima rawatan di unit kecemasan HRPB.

Manakala isterinya meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kampar.


(Kemalangan maut membabitkan sepasang suami isteri)

Siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kemalangan masih dijalankan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Media Baharu