fb fb fb fb fb

Elaun Pegawai Syarak Melaka naik hingga RM200

AYER KEROH, 1 September - Kerajaan Negeri mengumumkan elaun Pegawai Syarak Melaka dinaikkan kepada M50 hingga RM200 berkuat kuasa Oktober depan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, kenaikan itu membabitkan 1,100 Pegawai Syarak yang terdiri daripada imam, bilal, noja dan pengurus jenazah wanita dari 185 buah kariah masjid di seluruh negeri.

Beliau berkata, bagi imam 1 dan imam 2 kenaikan yang diluluskan adalah sebanyak RM50 menjadikan elaun terkini imam 1 adalah RM930 dan imam 2 sebanyak RM920 berbanding RM880 dan RM870 sebelum ini.

"Elaun bilal sebelum ini RM310 kita naikkan hingga menjadi RM500 dengan kenaikan tambahan RM190, iaitu 61.29 peratus manakala noja RM300 kenaikan RM200 menjadikan RM500, manakala pengurusan jenazah wanita 1 dan 2 daripada RM22 kita naikkan RM100, menjadikan RM300 sebulan," kata Sulaiman kepada media selepas menjadi tetamu bagi Program Bicara Ketua Menteri di Konti Melakafm, Jalan Taming Sari.

(Sulaiman Md Ali)

Tambah Sulaiman kenaikan terakhir kadar imbuhan pegawai syarak negeri Melaka adalah pada tahun 2014 yang hanya membabitkan bilal, noja dan pengurus jenazah wanita sahaja.

Oleh itu, Kerajaan Negeri Melaka melalui Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah bersetuju untuk memberikan kenaikan kadar baharu bagi tahun 2022 ini.

Media Baharu