fb fb fb fb fb

Suami isteri edar dadah ditahan polis

(Foto PDRM Perak)

MANJUNG, 5 Jun- Sepasang suami isteri ditahan kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di sebuah rumah di sini semalam.

Sebanyak 7,042 gram heroin dan 3,058 gram ganja berjaya dirampas menerusi serbuan yang dilakukan itu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri menerusi kenyataan memaklumkan hasil saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek negatif dadah dan tidak mempunyai kesalahan lampau.

"Kesemua dadah dipercayai untuk pasaran tempatan dan boleh digunakan seramai 15,600 orang penagih.

"Polis turut menyita sebuah kenderaan, tujuh utas rantai, enam bentuk cincin, empat pasang anting-anting dan sebentuk subang hidung.

"Nilai keseluruhan rampasan bernilai RM136,332.

"Suspek direman tujuh hari bermula semalam sehingga 10 Jun ini.

"Kes disiasat di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.


(Foto PDRM Perak)

Media Baharu