
KUALA LUMPUR, 22 Januari – Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) kini sedang merangka kerangka pembangunan dron pertahanan negara sebagai persediaan menghadapi ancaman peperangan moden.
- STRIDE merangka kerangka pembangunan dron pertahanan negara untuk hadapi ancaman peperangan moden.
- Fokus kepada penggunaan dron dan teknologi baharu sebagai ancaman utama keselamatan semasa.
- Inisiatif bertujuan memastikan keupayaan pertahanan negara kekal relevan dan berkesan.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penggunaan dron serta teknologi baharu semakin ketara sebagai antara ancaman utama dalam landskap keselamatan semasa, sekali gus menuntut persediaan lebih awal bagi memastikan keupayaan pertahanan negara terus relevan dan berkesan.
“Kita menumpukan perhatian kepada bidang baharu, khususnya ancaman peperangan moden yang banyak melibatkan penggunaan dron. Dalam konteks ini, STRIDE diberikan tanggungjawab untuk merangka pembangunan dron pertahanan negara bagi memastikan kita bersedia menghadapi ancaman baharu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik di Dewan Rakyat hari ini.