fb fb fb fb fb

Strategi digariskan NEC lanjutkan momentum perkasakan ekonomi

(Datuk Seri Fadillah berkata tahun ini, NEC mengenal pasti 49 inisiatif berkaitan pekerjaan
bawah Belanjawan 2023 untuk dilaksanakan 63 agensi pelaksana)

PUTRAJAYA, 22 Mei- Kerajaan yakin strategi yang digariskan Majlis Pekerjaan Negara (NEC) dapat meneruskan momentum dalam memperkasakan ekonomi negara, meningkatkan penciptaan peluang pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran.

Menerusi kenyataan, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, NEC memberi fokus kepada tiga komponon termasuk penciptaan pekerjaan, program penempatan, latihan dan peningkatan kamahiran.

Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata tahun ini, NEC mengenal pasti 49 inisiatif berkaitan pekerjaan bawah Belanjawan 2023 untuk dilaksanakan 63 agensi pelaksana.

"Di samping itu, 12 daripada 32 fokus inisiatif yang digariskan bawah Pelan Penciptaan Pekerjaan Nasional akan mula dilaksanakan dalam usaha menangani isu struktural pasaran buruh,"menurut kenyataan itu.  

NEC juga bersetuju dengan sasaran mewujudkan 119,964 peluang pekerjaan yang akan direalisasikan melalui pelaburan langsung asing dan domestik bagi tahun 2023.

(Datuk Seri Fadillah berkata strategi digariskan NEC lanjutkan momentum perkasakan ekonomi)

Media Baharu