KUALA LUMPUR, 23 Mei-Misi penggalakan pelaburan dan perdagangan serta lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke sembilan buah negara dari Januari hingga Mac 2023 telah berjaya menarik potensi pelaburan dianggarkan lebih RM184.7 bilion serta potensi eksport lebih RM3 bilion.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata antara misi utama digalas Perdana Menteri adalah meyakinkan bakal pelabur untuk melabur di Malaysia.
Antara negara yang dilawati Perdana Menteri dan delegasi kerajaan adalah Indonesia, Brunei Darussalam, Singapura, Thailand, Turkiye, Filipina, Arab Saudi, Kemboja dan China.
Datuk Armizan berkata, lawatan rasmi dan persidangan antarabangsa itu platform terbaik bagi mempromosikan Malaysia serta memberi maklumat terkini kepada komuniti perniagaan antarabangsa mengenai kedudukan ekonomi dan persekitaran perniagaan di negara ini.
Terutamanya dalam sektor kebudayaan dan pelancongan ke arah menggalakkan perhubungan yang lebih akrab dalam kalangan rakyat dan pertumbuhan sosio-ekonomi yang mampan, serta memupuk persefahaman yang lebih jitu antara kedua-dua buah negara,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, pada Isnin.
Lawatan rasmi ke Arab Saudi dari 22 hingga 24 Mac 2023, menyaksikan pemeteraian dan pertukaran memorandum persefahaman antara syarikat Malaysia dan Arab Saudi dengan anggaran kos pelaburan berjumlah AS$50 juta dolar.
Manakala ketika lawatan rasmi ke Kemboja, dua MoU ditandatangani antara kerajaaan Malaysia dan Kemboja berhubung pengambilan, penggajian dan penghantaran pulang pekerja domestik dan penghantaran pulang pekerja.
(Presiden Indonesia, Jokowi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
/FOTO RTM)