fb fb fb fb fb

STPM 2022: 99.77% calon di Perlis lulus penuh

KANGAR, 13 Julai- Prestasi Gred Purata Sekolah (GPS) Perlis dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) berada pada paras terbaik selepas mencatatkan gred 2.92 bagi keputusan peperiksaan STPM 2022.

Selain itu, Perlis juga mencatat 99.77 peratus calon lulus penuh dalam peperiksaan berkenaan.

Pengarah Jabatan Pendidikan Perlis, Naharudeen Othman berkata pencapaian Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Perlis mengatasi PNGK Kebangsaan yang mencatatkan 2.82.

"Keputusan peperiksaan kali ini, lapan buah sekolah mencatatkan keputusan cemerlang dalam STPM, antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama (P) Kangar, SMK Syed Alwi, SMK Putra dan SMK Derma," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan STPM bagi negeri Perlis di SMK Putra di sini.

Pada tahun 2022, seramai 443 calon menduduki peperiksaan STPM dari keseluruhan 450 calon.


(Selain itu, Perlis juga mencatat 99.77 peratus calon lulus penuh dalam
peperiksaan berkenaan)

Media Baharu