fb fb fb fb fb

Status MySejahtera pelanggan terima sijil vaksinasi palsu disekat

KUALA TERENGGANU, 20 Januari- Semua pelanggan yang disyaki menerima sijil vaksinasi palsu dari sebuah klinik swasta di Marang telah disekat status MySejahtera.

Sekatan dilakukan selepas semakan mendapati 1,223 daripada lebih 1,900 dokumen yang dirampas dalam serbuan baharu-baharu ini, tidak pernah menerima suntikan vaksin COVID-19.

Ketua Polis Negeri, Datuk Rohaimi Md Isa berkata kesemua butiran pelanggan telah dihantar kepada vendor untuk dikemaskini status MySejahtera masing-masing.

Hasil siasatan, 23 pelanggan klinik swasta itu tampil mengaku tidak di vaksin walaupun status MySejahtera telah merekod menerima vaksinasi.

"Kesemua MySejahtera yang berasal daripada klinik tersebut telah di sekat oleh KKM maknanya tidak berfungsilah, maknanya tempoh sah dia tidak ada.

"Saya juga dimaklumkan oleh setengah jabatan yang mana mengesyaki pekerja mereka adalah terlibat sama dalam klinik tersebut mereka telah pun memanggil membuat siasatan dalaman dan mereka akan berhubung dengan pihak berkuasa," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu.

Sebelum ini kegiatan seorang doktor klinik swasta membekalkan sijil vaksinasi COVID-19 palsu terbongkar dalam serbuan di Marang, 8 Januari lalu.

Media Baharu