fb fb fb fb fb

VTL darat Malaysia - Singapura bakal disambung semula

JOHOR BAHRU, 20 Januari - Inisiatif Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) darat Malaysia - Singapura melalui Johor Bahru yang ditangguhkan sementara akibat varian Omicron, bakal disambung semula.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata kerjasama penuh akan diberi pihaknya bagi memastikan pelaksanaan dibuat seperti dirancang.

"Kita juga berhasrat meminta Kerajaan Persekutuan meningkatkan jumlah pengembara merentas kedua-dua negara menerusi inisiatif itu," katanya ketika ketika berucap merasmikan Zon Dron dan Robotik Iskandar (DRZ) di Iskandar Puteri, Johor.

Disember lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan, kerajaan menggantung sementara penjualan tiket bas dan penerbangan bagi VTL Malaysia dan Singapura hingga 20 Januari susulan kenyataan Kementerian Kesihatan Singapura, 20 Disember lalu berhubung kluster tempatan Covid-19 kemungkinan
Omicron.

Dalam perkembangan sama, Hasni Mohammad berkata kerajaan negeri merancang membuka sebuah Pusat Pemberian Vaksin, PPV Mega di Johor Bahru bagi pelaksanaan suntikan dos ketiga vaksin Covid-19.

Perbincangan akan dibuat dengan Jabatan Kesihatan dan beberapa agensi lain.

 

Media Baharu