fb fb fb fb fb

Status mangsa sindiket pekerjaan di Filipina sedang dikenal pasti - Wisma Putra

KUALA LUMPUR, 28 Jun- Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Manila sedang berusaha mengenal pasti dan mengesahkan status 134 orang mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di Filipina, yang dipercayai rakyat Malaysia.

Wisma Putra menerusi kenyataan media memaklumkan, mereka antara 2,714 mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan, buruh paksa dan tahanan salah yang diselamatkan pihak berkuasa negara itu.

Kedutaan Besar Malaysia di Manila, mengesahkan pihak berkuasa tempatan Filipina telah membuat serbuan ke atas sebuah syarikat Xinchuang Ntework Technology Inc.

(Wisma Putra menerusi kenyataan media memaklumkan, mereka antara 2,714
mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan, buruh paksa dan
tahanan salah yang diselamatkan pihak berkuasa negara itu/Foto fail)

Dalam serbuan tersebut, mereka berjaya menyelamatkan mangsa sindiket jenayah itu yang terdiri daripada warganegara pelbagai negara.

Mangsa-mangsa yang dipercayai warganegara Malaysia akan menjalani proses siasatan, dokumentasi dan deportasi ke Malaysia dalam masa terdekat.

Menurut kenyataan itu lagi, sebarang maklumat terkini berkaitan perkara tersebut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

 

Media Baharu