(Program Cabutan Bertuah Cukai Taksiran MBMB Tahun 2023)
AYER KEROH, 28 Jun- Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menyasarkan kutipan RM120 juta dengan 85% pembayar menerusi Cukai Taksiran 2023.
Menurut Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin, tahun lalu MBMB memperoleh sebanyak RM105 juta dengan 80% pemilik premis tampil menjelas bayaran cukai.
Bagi mencapai sasaran tahun in, pihaknya menawarkan caj perkhidmatan percuma dan hadiah cabutan bertuah berjumlah RM210,000 dengan hadiah utama kategori dalam talian adalah Perodua Axia AV.
“Kerana itu saya yakin pihak majlis menawarkan hadiah yang besar untuk menggalakkan rakyat yang tidak bayar ataupun yang mana masih berkira-kira untuk bayar, mari kita sertai tawaran. Dipelawa semua untuk membuat bayaran ni, manalah tahu kita boleh dapat cabutan bertuah ini,” kata RAIS dalam sidang media bersempena Program Cabutan Bertuah Cukai Taksiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Tahun 2023 di sini.
Untuk rekod, tunggakan cukai taksiran yang belum dijelaskan oleh pemilik premis sehingga kini berjumlah RM100 juta.
(Datuk Rais berkata tahun lalu MBMB memperoleh sebanyak RM105 juta dengan 80% pemilik
premis tampil menjelas bayaran cukai)