fb fb fb fb fb

SSM sambut ulang tahun ke-20, inspirasi kepercayaan perniagaan

KUALA LUMPUR, 10 September- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyambut ulang tahunnya yang ke-20 tahun ini dengan tema "SSM Dua Tekad: Inspirasi Kepercayaan Perniagaan".

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Nor Azimah Abdul Aziz berkata sepanjang 20 tahun sejak penubuhannya pada 16 April 2002, SSM melalui pelbagai transformasi demi membina sebuah persekitaran kondusif bagi landskap perniagaan negara, termasuk memperkukuh kerangka perundangan perniagaan dan korporat serta melaksana pelbagai transformasi dalaman dan luaran.


(Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Nor Azimah Abdul Aziz)

"Sejajar dengan peralihan masa, SSM telah mencatatkan rekod transformasi yang signifikan di mana hampir semua perkhidmatan kami telahpun melalui fasa pendigitalan melalui pengenalan pelbagai platform ezbiz online, myllp, mycoid, mbrs serta kami juga membangunkan sistem sokongan bagi melaksanakan operasi dalaman kami," katanya.

Tambahnya, dalam tempoh dua dekad ini, Malaysia dapat menyaksikan pemodenan akta-akta yang dikawal selia oleh SSM bagi mewujudkan persekitaran korporat yang dinamik dalam menjalankan perniagaan supaya perundangan malaysia setaraf dengan amalam-amalan korporat terbaik di peringkat antarabangsa.

Dalam tempoh ini, SSM berjaya membentangkan 11 rang undang-undang ke parlimen berhubung pengenalan atau pindaan pelbagai perundangan yang ditadbir oleh SSM dan berjaya mewartakan 37 undang-undang subsidiari.

Selain itu, SSM turut perkenalkan 11 inisiatif pada 2020 dan 2021 susulan pandemik covid-19 membabitkan perubahan undang-undang subsidiari di bawah Akta Syarikat 2016 bagi membantu perniagaan terjejas, pelanjutan masa syarikat mengadakan mesyuarat agung tahunan dan menyerah simpanan penyata tahunan serta kewangan.

Bagi mengabadikan pencapaian SSM selama dua dekad, SSM melancarkan penerbitan SSM Dua Dekad: Inspirasi Kepercayaan Perniagaan, pada Majlis Sambutan Ulang Tahun SSM yang ke-20 pada 15 april lalu.

Buku ini merupakan dokumentasi lengkap perjalanan serta pencapaian SSM selama dua dekad penubuhannya dalam memacu pembaharuan serta perkembangan pesat landskap komuniti niaga dan korporat di Malaysia.

Media Baharu